Monday, January 3, 2011

HATINYA TERKILAN LAGI............

hubby ku..........

awal tahun 1985
hubby membawa family dan ibu mertuaku ke Setiawan Perak.......

kami menghabiskan hari-hari disana dengan menikmati panorama
 yang indah di jeti Pangkor......
banyak tempat yang disinggahi....

itu merupakan kenangan tearkhir dan hari-hari terakhir kegembiraan kami
 dimana hubbyku membahagiakan ibunya......
menjadi rasmi hubbyku ...kemana sahaja kami pergi....

ibunya pasti dibawa bersama..
sekembalinya kami dari Perak......aku menjalankan tugasku seperti biasa....
ibu mertuaku ikut bersama tinggal bersama kami di Bahau.....
keesokan harinya......
hubby menjemputku pulang dari sekolah......

ia mengatakan ibunya nak pulang menjengok rumah yang agak lama ditinggalkan......
sesampainya kami di rumah......anak-anak bersama-sama pembantu rumah......
aku kehairanan.....
ku perhatikan ibu mertuaku berbaring di sofa sambil memandang kosong ......

tidak seperti selalu ia akan menyapa dan menyambut kepulangan kami......
terdetik juga di hati ini...kenapa mak ni....
aku bertanya sekadar untuk memecahkan keheningan ketika itu.....
`mak!.....menung jauh.......' sambil melemparkan senyuman kepadanya.....

.memang aku kepenatan selepas pulang dari mengajar di sekolah.....
dia hanya memandang kosong kearahku dan bercakap......
`nanti hantar mak balik yo.....dah lamo ninggalkan ghumah....apo khabar Ujang ngan Miza agak eh'
aku hanya menganggukkan kepala dan terus kebilik menjengah anak-anak

 yang di ulit mimpi di awasi oleh pembantu rumahku....
.petang itu selepas minum petang kami menghantarnya pulang ke Kuala Pilah.....

keesokkan harinya cuti sekolah hujung minggu......
hubbydan aku berbual-bual kosong.......
hubby mengatakan padaku hajat untuk menghantar ibunya menunaikan fardhu haji di Mekah...
memandangkan simpanan kami sudah mencukupi untuk menghantarnya kesana.
.....aku tak kisah.....
petang itu kami hanya menaiki motosikal scrampler menuju ke Kuala Pilah
tujuan untuk memaklumkan berita gembira kepada ibu suamiku
sesampainya disana.....
aku melihat rumah itu sunyi seperti tiada sesiapa di rumah......
kemana Ujang ngan Miza........
`assalamualaikum!......mak........'
salamku tiada bersambut....
suamiku mengetuk pintu dengan kuat...tapi masih tiada jawapan.....
`ader suare TV bang.....tapi kenaper tiader jawapan....mana oghang ghumah ni?,
sambil aku masih terus mengetuk pintu
 memanggil-manggil ibu mertua ku dan Salmiza adik iparku......
suamiku kehairanan....
dia mencari-cari ruang untuk masuk kerumah....
ku tinjau melalui lubang pintu......ku lihat Tv masih `on' 
tapi mana orang dalam rumah ni......
rasa kehairana dan tak sabar suamiku
 membuatkan dia memecahkan sebuah tingkap 
di bahagian anjung rumah dan menaiki rumah tersebut......
`Nani.................mak.....
mak...mak....mak.......'
aku terpinga-pinga......KENAPA?.....
`bukak pintu dulu bang.....'
suamiku bergegas membuka pintu rumah
 aku berkejar masuk ...dan alangkah sayunya....
a kulihat ibu mertua ku terbaring dengan kain telekungnya masih manyaluti badan.....
`eh kepalanya bengkak....ada kesan darah .....'
ada perasaan marah dihatiku....
dimana Salmiza dan Ujang.....
kenapa ibu mertuaku keseorangan.....
.kesal dengan sikap mereka....
.tanpa berlengah lagi kami menghantar ibu ke hospital.....
4 hari kami berulang alik ke hospital...
.banyak yang menjadi tanda tanya.....
apa sebenarnya yang terjadi pada ibu mertua ku...
kenapa ada kesan gigitan dijarinya...
bagaimana dengan bengkak dikepalanya
..bila....kenapa dan bagaimana......
semuanya bermain dikepala dan dibenak hati
 masih lagi tidak boleh menerima sikap sambil lewa adik iparku.....
marah...geram....semua bermain diminda yang kecewa....
doktor mengesahkan ibu mertuaku nazak.....
memberi kami pilihan samaada membawanya pulang atau terus memberikan rawatan 
tetapi beliau akan berterusan koma....untuk pulih amat tipis sekali......
selepas perbincangan hubby membawa ibunya pulang kerumah.....
bacaan yasin bergema dirumah....
ramai sanak saudara berkumpul di rumah...
aku sentiasa berada disisi membacakan ayat-ayat suci al-quran......
namun.....keletihan dan keenggananku untuk merehatkan badan 
memaksa ibuku menyuruhku merehatkan badan di bilik tidur......
ahh...rasanya aku baru sahaja terlelap 
  suara azan mengalun menerjah ke telinga ku.....
mataku masih berat dan ingin meneruskan tidurku bila.................
`Nani....bangun mak kau dah tenat sangat tu.'..........
ibuku mengejutku bangun.
Aku bergegas ke pembaringan ibu mertuaku....
ku lihat bapa saudaraku dan ramai lagi mengelilinginya...ku lihat sekilas suamiku.....
tiada airmata yang terburai dibibir matanya 
hanya.....
pandangan sayu dan kesedihan yang mendalam diwajahnya.....
bening pandangan matanya
dia akan memarahi sesiapa saja yang mengingoi didepan jenazah....
bukan tangisan yang perlu diberikan....
sedekahkan dengan bacaan suci al=quran dan doakan pemergiannya....
al-fatihah .....ibu mertuaku menghembuskan nafasnya di subuh yang hening.....
dan dijiwa kami terutama suamiku....
sungguh terkilan kerana hajat kami tidak kesampaian.................
 HUBBYKU 
       TERKILAN LAGI............
buat arwah ibu mertuaku
ku panjatkan doa kepada Allah yang Esa...
semoga rohmu dicucuri rahmat 
dan ditempatkan 
bersama-sama orang-orang yang beriman.....





No comments:

Post a Comment