Sunday, January 2, 2011

GERSANG HATI SEORANG LELAKI.....

  malam tu hujan turun lagi .......
  lebat mencurah-curah 
tiada tanda untuk mentari menjengukan wajah.....
   bumi Pahang basah lagi......
hari-hari kedinginan mengawal tubuh badan....

Kemuncak 1970.......
hujan masih mencurah dari langit.......
dari pagi membawa kemalam 
tidak memberi peluang walaupun sedetik 
 bumi Pahang disimbahi cahaya mentari.....

Tika itu......

matanya tiada berkelip memandang....
wajah kesayangan diusap memanjang...
tak ingin rasanya untuk berpisah walau seketika.....
renungan matanya mengandungi kiasan.....

dengan pengharapan yang menggunung......
Dia membutirkan pertanyaan dan harapan.......
`kau sayangkan den tak?'
`awak ni gilo apo?......dah buang tebiat ko?'
`kau sayangkan den tak?......
den ni selalu menyusahkan kau kan ?....
.den saaaaayang kat kau.....
 `apo awak ni.....poei lah sano....poei copek siap...
kang lambek poei kojo.....nak buek kueh ha...
.kang tak siap.....poeilah copek.....'
tak puas hatinya tanpa mengungkap kata-kata.....
`den ni sayang kat kau....den selalu menyusahkan kau....
den nak mintak maaf ngan kau ni....kau maafkan den tak? ......
matanya memandang penuh kasih pada yang tersayang....
dengan nada separuh hairan dan geram.....
`poeilah jauh....tebiat oghang tuo ni....den nak buek kueh ni ha....
.poei kojo copek.....kang terlambek pulak...'
dia hanya tersenyum 
dan beredar untuk menyediakan diri 
kerana sudah sepatutnya dia bergegas ke pejabat.....


selang 10 minit......
dia menjenguk lagi yang tersayang di ruang dapur......
diulangnya lagi permintaan dengan penuh pengharapan.......
`Meah .....kau maafkan den yo....den nak poei ni....
kau maafkan segalo salah silap den yo....'
diulangnya permintaan itu berkali-kali.....Seperti dia tahu......
`yolah...samo-samolah kito maaf.....dah poei jauh-jauh....den banyak kojo ni.....' 
tak tergerak....tidak terusik langsung dengan perubahan sikapnya.....
.tergamak dia menyuruhnya cepat pergi walaupun di luar hujan mencurah......

tak puas hatinya...yang tersayang dipeluk,digendung dan dibawa kebilik.....
di situ beberapa wajah polos sedang nyenyak mengalun mimpi.....
dikeheningan dan kedinginan malam dia berpesan.....
`Meah....anak den yang nia sampai Nora yang bungsu ni...
den nak kau sekolahkan oghang putih....
.den mahukan anak-anak den ni pandai tak macam den bodoh.....
kau jangan lupo posan den ni.....' 
masih tidak mengerti 
dengan ketawa yang memanjang
 melangkah kedapur untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.....`
dah buang tebiat apo dio ni....'

dia memakai unifom seperti biasa......
agak tebal untuk menhangatkan tubuh yang kedinginan.....
hujan masih mencurah turun....
hari sudah gelap.....
.dengan lampu suluh ditangan....
dengan harapan yang menggunung berpesan sebelum kaki melangkah keluar......
dipeluk yang tersayang......
direnung ....diusap wajah tercinta.....
berharap segala pesanannya tidak dilupa
mengulang permintaan yang sama berulang kali.....
sehingga yang tersayang rasa hairan di hati.....
tapi masih merelakan suami tercinta pergi....
menunaikan tugas untuk sesuap nasi......

Kehairanan......
semua rakan yang dijumpa ...pasti kemaafan yang dipinta.....
jalanraya telah dinaiki air.....
banjir disana sini.....
tiada belas ehsan darinya.....
membuak ia menerpa.....
kerana hujan mencurah tiada hentinya.....

laluan ke Pekan Lipis..
Batu Kurap dinaiki air 
 memaksa dia menumpang perahu kecil seorang Cina untuk keseberang  ke balai
.....dengan Cina juga mohon ribuan maaf kalau tersalah stutur kata
 keterlanjuran perbuatan.......
terkesima Cina itu dengan tingkah laku yang demikian....

di Balai 
,sepatutnya dia bertugas di bahagian pertanyaan....
.setelah mendapat  perkhabaran
 bahawa ada seorang warden asrama terpaksa menaiki bumbung sekolah
 kerana air sudah melimpah.....
dia telah mengambil keputusan untuk pergi
 menggantikan seorang anggota muda
 yang sepatutnya melaksanakan tugasan tersebut....

`ekau mudo laei...
.kalau kau mati....
menangis omak ayah kau nanti...
biar den ganti kau....
kalau den mati pun tak apo...
den dah beranak pinak....dah tuo.....'

malang tak berbau....
boat polis yang dinaiki
 tujuan menyelamat 
telah terlanggar dawai letrik yang belum diputuskan taliannya......
6 rakan yang lain telah menyelamatkan diri melompat ketebing hospital.......
sayangnya dia terjatuh diatas dawai letrik .......
rakan yang lain hanya dapat memerhati
 tanpa dapat berbuat apa-apa.....
sedih melihat rakan seperjuangan dililit dawai
terus hilang dari pandangan....
dia hilang dan cahaya lampu suluh tidak lagi kelihatan....
usaha mencari dijalankan selepas itu....berhari-hari dengan kehampaan....
usaha pencarian diteruskan.....beramai-ramai membacakan surah yassin......
isteri dan anak-anak sedih mengharap.....
setelah 4 hari berusaha 
barulah sekujur badannya dijumpai terlilitt
  dawai letrik dibawah tiang lampu....itupun setelah banjir surut.....
bersama-sekujur tubuh yang dingin ....
masih tergenggam erat....
memakai baju panas kepunyai hubbyku.....anak lelakinya...
lampu suluh disebelah tangan kanan
 pistol disebelah tangan kiri
didalam saku terdapat permainan untuk anak bongsunya
dan jam Carol yang dipakainya masih hidup 
walaupun sudah 4 hari terendam dalam air yang berlumpur.
....sayu hati sesiapa yang melihatnya...
mayat sudah membengkak....
jenazah dimandi dan dikafankan di sana.....
mulanya hendak dibawa pulang ke Negeri Sembilan dengan heli...
.tapi diatas beberapa kekangan....
tidak cukup tempat untuk memuatkan
seluruh anak-anak mahu dibawa bersama....
heli hanya untuk jenazah,isteri dan seorang anak sahaja....
manakala ramai lagi...
yang perlu dibawa bersama....
akhirnya....
jenazah dibawa dengan trak 
diiringi dengan beberapa kenderaan polis 
 dua jengkaut untuk membuat laluan 
dari Pahang ke Balai Polis Rawang Seremban....
dan
 sebaik sahaja sampai di Kuala Pilah
 ,jenazah telah dikebumikan malam itu juga.......

Hubbyku begitu beremosi
 ketika ku minta dia mengulangi peristiwa ini
 yang meremukkan hatinya....
maaf bang....
nak share dengan mereka yang perlu tahu
 betapa kasihnya seorang ayah kepada anak-anak-nya
sepi seorang anak ditinggalkan ayah tercinta.....
keluh kesah dan penderitaan isteri 
apabila suami yang menyampaikan pesanan berkali-kali....
pergi mengadap ilahi....
tiada lagi air mata ......
tidak lagi tersentuh dengan cerita dan pandangan duka....
kerana hubbyku
hatinya telah lama gersang.....
tidak tergugat dengan berita-berita menyedihkan...
hubbyku sudah cukup sedih dengan kehilangan ayahnya....
tidak sempat hubbyku untuk menatap wajah ayah tercinta
kerana ketika itu hubbyku berada di Melaka.....
setelah mendapat berita
 hubby bergegas pulang ke Negeri Sembilan 
hanya dapat melihat jenazah diturunkan keliang lahad......
al-fatihah buat bapa mertuaku 
yang tidak tahu
 aku ini 
anak Zamzam sahabat karibnya
 menjadi pilihan anaknya .....
.aku adalah menantu pilihannya sejak kecil lagi.....
perjanjian diantara abah dan arwah mertuaku.....
.al-fatihah juga buat abah .....
al-fatihah buat ayah mertuaku.........
amin.....

.







No comments:

Post a Comment