1970
aku telah melangkahkan kaki ke SMI Bahau....
begitu asing bagiku......
banyak benda yang aku tak faham....
loghat Kedahku masa itu masih pekat.....
.rata-rata rakanku budak China dan India....
aku kurang berkawan ngan budak Melayu
sebab loghat mereka Negeri Sembilan yang pekat
lagipun mereka segan bergaul dengan ku
coz aku adalah anak sedara Cikgu Baharom.....
bapa saudaraku yang mengajar di situ.
Aku dihantar ke sekolah oleh abang saudaraku
Abd Razak yang `speaking'
dan ditempatkan bersama beberapa budak-budak nakal di Form 1 A....
sampai sekarang aku memang tak suka bebudak ni......
budak Kg Lonek,budak Keru yang terperasan
yang dia tu panadai sangat
Budak-budak dalam kelas aku
tidak asing dikalangan mereka
coz mereka di sekolah yang sama di St Aidan....
jadi aku jadi macam kera sumbang
di kalangan pelajar Melayu yang tak sebulu
Nasib baiklah
ader Chan Kim Fong,Radha,Nanditha
dan ramai lagi kengkawan China dan India
yang sudi mendekati budak perempuan dari Kedah ni.....
kami jadi tersangat rapat
persahabatan lebih erat...
sehingga aku pernah bertandang ke rumah mereka
dan
begitu juga
sebaliknya...mereka akan mengunjungi teratak ayah ibuku di kampong...
nilah abang saudaraku yang menghantar aku ke SMI ....
dah 61 tahun umurnya......
banyak perubahan berlaku padanya....
kata kak long dah rezekinya.........
gambar ini diambil semasa aku di Form 2........
eman Melayu ku Aminah...anak Station Master...
disebelahku Nandhitha dan mendiang Lee Swee Fon......
Guru kelasku yang seksi......
Pn Lee yang sering memakai mini skirt
ngan punggung yang membulat....
bukan aper....
dia suka pakai baju yang sendat dipinggang dan singkat paras peha.....
gambar aku dan Chang Kim Fong semasa melawat KL.....
kita sambung lagi nanti yer.....nak minum petang.......
di N3 akan datang..........



No comments:
Post a Comment