2010.........
meninggalkan banyak kenangan......
terindah............terpahit..........kejutan....teruja......
manis bak madu dan pahitnya bak hempedu
terguris....terluka.....tercalit......
tercakar rasa hati......terhiris lubuk hatiku.....
hanya sekelumit kebahagiaan cuma untuk dikongsi.....
ku harap 2011 membawa harapan dan kebahagian bukan sahaja buatku
,suamiku tetapi anak-anakku.......
2010 ......moment yang sukar hilang dari ingatan
baru 4 hari aku dan rakan Guru Besar menjengahnya...
.berbual bertanya khabar.......
aku menerima berita dia pergi ketika dalam perjalanan ke hospital.....
.betapa kuatnya penangan tenaga letrik......
Ketika itu bekalan letrik terputus di Batu Kikir..
.rakanku ini bergantung oksigen kepada tong gas yang dibekalkan padanya......
sesak nafasnya dan x sempat menjengah hospital
allahyarham meninggal dalam perjalanan......
al-fatihah buat Cikgu Tahir GB SK Senaling.....
selepas cuti pertengahan semester kedua....
aku dikejutkan dengan berita Cikgu Badaruddin
rakan lamaku semasa bertugas di SMK Datuk Mansor
telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung...
.aku tak percaya.....
selepas mendapat pengesahan dari rakanku
kaunselor Cikgu Zakaria barulah aku percaya......
al-fatihah buat Cikgu Badaruddin.....
pertengahan tahun 2010....
dikejutkan lagi dengan kemalangan yang meragut suami sepupuku Noriah.....
.meninggal di tempat kemalangan....
tak sempat aku menziarahi jenazahnya
kerana tika itu aku berada di IAB mengikuti kursus......
selang beberapa bulan adik bungsunya pulak
meninggal di sebabkan barah yang dihidapinya....
.kesian meninggalkan seorang bayi yang masih kecil
tidak tahu apa itu penderitaan
yang ditanggung oleh ayahnya
dan
seorang anak angkat perempuan
yang pastinya akan merasa kehilangan yang maha hebat......
aku memangku dan sama-sama memandikan jenazah.....
Ya Allah....
.hebat sungguh dugaanMu pada sepupuku....
.beliau cekal demi memperolehi zuriat sendiri
sanggup mengorbankan nyawanya....
.buat suami tercinta....
bakal pengganti dirinya yang pergi juga sudah diketahui dan direstui.......
Semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga.....
masa itu hari terakhirku di IAB....
aku mendapat panggilan telefon dari suamiku
bahawa Zana meninggal dunia
kerana kemalangan dan suaminya koma di hospital Seremban......
Aku bergegas pulang dari IAB...
terima kasih kepada rakan-rakan GB
yang terpaksa pulang awal kerana ku....
aku menumpang kereta kawan
kerana hubbyku pasti ingin menziarahi Zana.....
aku hanya sampai sebelah petang selepas Zana dikebumikan.....
selang beberapa bulan suamiku mendapat panggilan telefon
mengatakan abang iparnya meninggal dunia.....
.walaupun terasa berat hati...
kekesalan mengundang dibenak....
tanpa prejudis....
sebelum subuh kami berkereta ke Klang....
.ntah kenapa suamiku tersalah masuk lorong dari Nilai
kami terpaksa berpatah balik ke Seremban......
ingatkan nak cepat tapi terlewat......
Kami mengikuti laluan yang berbeza
dan sempat singgah membasahkan tekak....
akhirnya sampai ke Klang
dan sempat membaca surah al-quran dan yassin......
suamiku
sempat menatap kali terakhir wajah abang iparnya
merangkap biras kepadaku.....
al-fatihah buat abang Duan...semoga kau tenang di sana....
Keesokkan harinya 1 lagi kejutan bagi suamiku dan aku....
.seorang lagi birasku meninggal dunia.....
.ya Allah maha suci Mu....
dari Mu kami datang dan kepada Mu jua kamikan kembali...
kakak iparku kehilangan menantu
dan suami
selang beberapa bulan sahaja
sedangkan anaknya baru sahaja pulih dari koma.......
al-fatihah buat abang Bakar yang meninggal kerana jantungnya lemah......
Penutup 2010 ibu saudaraku pulak pergi mengadapnya....
makngah adalah kakak kepada arwah ibuku
yang telah bertahun meninggalkan kami ke alam barzah.....
sempat jugak aku dan suami menjengok
2 hari sebelum beliau meninggal dunia......
al-fatihah buat mak Ngah.......amin......
banyak kematian yang berlaku pada 2010.....
banyak duka dari suka...
banyak kali terluka dari gembira....
semoga kedatangan 2011
memberi lebih keinsafan
dan memanjangkan usia orang-orang yang tersayang......
dan juga mendatangkan kegembiraan
buat aku
suamiku
anak-anak-ku
dan semua kerabatku.....
aminnnnnn





















