Tuesday, April 7, 2015

Andai Ku Tahu .... Bab 28


Bab 28
                “Kita nak kemana ni?”
                “Ke bulan? Ke bintang? Ke tujuh petala langit pun abang sanggup bawa. Sebut saja Lea nak pergi mana?”
                “Amboi! Tujuh petala langit. Nak naik apa tu. Abang ada jet ke? Tak maulah. Kalau Lea ajak abang masuk kubur, nak ikut?”
                “Ke situ? Tak maulah. Ke syurga nak.”
                “Tadi kata sanggup. Ajak masuk kubur, tak mau pula. Cakap tak serupa bikinlah abang ni. Banyak ke pahala yang abang buat? Nak masuk syurga konon.”
                “Kok ia pun, janganlah sampai nak masuk kubur. Ngeri tau. Jangankan berbulan madu, kahwin pun belum lagi ni. Ajaklah abang pergi somewhere yang boleh kita lepak-lepak, boleh makan-makan dan boleh berbual. Bukan senang dapat chance macam ni kan? Ha! Bab masuk syurga tu, meh kita kahwin cepat. Abang bawa Lea ke syurga yang paling nikmat. Mau tak?” Mula nak tunjuk biang keladinya si Arman ni. Nak kena lepuk dia ni. Kita serious, dia bergurau pula. Mengada-ngada.
                “Ish, banyaklah abang punya lepak. Kalau setakat Bahau, mana nak pergi. Kuala Pilah? Lagilah orang kata pekan mati menjelang malam. Mana ada tempat yang menarik. Kalau setakat nak berbual kat rumah pun boleh.” Nak merajuklah ni, tak romantik langsung. Ajaklah aku tengok wayang ke, cerita Hindustan. Mentang-mentanglah dia polis, tak minat kut tengok cerita Bollywood ni. Kalau sekadar nak melepak, kat gazebo di rumah aku pun dah cukup best. Takkan aku nak ajak dia pergi Taman Tasik malam-malam ni, siap haribulan kena cekup. Hui! Siah Malaikat empat puloh empat. Mati kejung mak bapak aku kalau kami kena cekup.
                “So, nak kemana kita ni?” Arman sendiri pun bingung, tak tahu nak pergi mana. Aku lagilah tak tahu. Kalau siang bolehlah pergi ke City Park, Port Dickson ke. Dah malam ni nak lepak kat mana? Lu fikirlah sendiri Arman. Malu pula nak ajak dia tengok wayang. Buatnya tak ada cerita Hindustan. Haghu!
                Abah dengan mak bukan main sporting pula. On saja bila Arman minta izin untuk bawa aku keluar. Entah apa yang dihembus dek Arman, lembut pula lidah mereka membenarkan. Kalau ikutkan hati malas nak keluar sebab sehari dua ni sungguh memenatkan. Semalam abah buat khenduri. Seekor lembu tumbang. Siang tadi ikut rombongan ke rumah kak Sara. Abang Lan bertunang. Ikutkan penat badan, aku nak melingkar saja atas katil. Penat!
                Aku turutkan kehendak Arman sebab kaklong dan Meira. Lebih kepada nak menunjuk-nunjuk. Kononnya Arman sungguh-sunguh sukakan aku. Nama pun tunang kan? No hallah kalau aku keluar dengan dia, lagipun dia dah minta izin dari abah dan mak. Mak Teh pun sengeh saja tadi bila Arman buka mulut. Dasar polis, langsung tak gentar dia cakap dengan abah. Direct to the point. Minta nak keluar berdua. Arman tak peduli jelingan kaklong. Hihihi kaklong mesti berbulu dengan Arman. Si Meira yang mencebik pun dia tak endah. Sukanya aku. Aku apa peduli perasaan Meira. Cemburu kut? Dalam kepala otak aku, biarlah aku bergaduh macam mana pun dengan Arman, didepan mereka aku adalah tunang kesayangan Arman. Aku berdandan cantik. Selepas Maghrib kami berkereta ke Bahau.
                “Mana ada tempat yang best? Lea nak makan tak?” Apalah bodoh sangat dia ni. Boleh tanya soalan bangang. Kalau nak belanja makan, bawa sajalah kat mana-mana restoran. Tanya aku pula. Kau yang bawa kereta, aku duduk sebelah. Aku ikut sahaja. Tadi ajak masuk kubur tak mahu pula. Ish, sahlah dia ni tak romantik. Andainya aku tahu dari awal lagi, aku declare dekat abah. Serah dia bulat-bulat dekat Meira. Kan sebelum ni Meira pun tergila-gilakan Arman.
                Akhirnya Arman membelok ke simpang masuk Kiara. Berpusing di situ beberapa kali, mencari tempat parking. Tak kanlah nak masuk Kiara. Nak shopping apa? Nothing special kat sini. Nak masuk Marybrown ke dia ni? Hurm, I don’t like. Nak tengok wayang ke? Aku kerling kat iklan, tak ada pun cerita Hindustan.
                “Apa kata kita pergi dekat restoran Bunga Kantan? Makanan dekat situ pun, boleh tahan juga. Kita lepak kat situlah.” Aku mengesyorkan pada Arman. Asyik berpusing sampai empat lima kali, boring. At least dekat situ amanlah sedikit dari restoran terbuka. Adalah sedikit privacy.
                “Makanan apa yang best dekat sini?”
                “Makanan panas. Order sajalah.”
                “Ramai oranglah pulak. Tempat lain?” Kami tak jadi singgah bila melihat ramai pelanggan di Restoran Bunga Kantan. Melepas aku nak makan tomyam. Tomyam di situ best tau. Dua hari lagi dah nak balik Melaka. Kempunanlah aku. Hari raya ni pun ramai pula yang berkunjung ke restoran ni. Tak cukup ke lemang dan rendang dekat rumah. Melepas aku.
                “Tempat lain? Ntah. Kedai makan memang boleh tahanlah banyak dekat sini, food dia so far Lea rasa okey-okey aja. My suggestion balik aja rumah. Makan-makan kat gazebo pun best juga. Lea tak kisahlah.” Frust punya pasal. Aku ajak Arman balik saja.
                “Sayang oi. Kita berdua belum makan lagi tau. Perut abang ni dah mula ikut rentak keroncong. Lea tak lapar ke?” Arman tersengeh sambil tangannya mengusap perut. Buat muka kesian pulak.
                “Apa kata kita pergi kat Amira Tomyam. Dekat situ pun makanan dia sedap.” Hihihi tomyam lagi. Padahal kalau masak sendiri lagi sedap.
                Sekali lagi kami berdua kecewa kerana dekat Amira Tomyam pun full. Jangankan nak duduk-duduk makan dekat situ, tempat parking pun penuh. Kempunan lagilah aku.
                “Ramai betul orang malam ni. Apa kata kita halau saja mereka ni balik rumah. Cakap dengan mereka kita berdua ni tengah dating. Perut pun dah bernyanyi. Kasi chancelah kita lepak-lepak, makan-makan dekat sini kan. Dia orang ni tak sporting lansunglah.” Mulalah idea gila Arman. Ingat Bahau ni dia punya. Siot betullah otak dia.
                “Kalau abang terror, halaulah.”
                “Amboi! Lea cabar abang ya. Okey, tunggu abang berhentikan kereta dulu. You’ll see what I can do.” Arman memberhentikan kereta. Kepalanya berpusing memandang aku. Aku hanya tersengeh sambil mengangkat-ngangkat kening. Nak tengok, berani sangatlah abang polis aku ni.
                Aku segera memegang lengan Arman bila dia membuka pintu kereta. Sebelah kaki dah melangkah keluar. Biar betul. Sewel.
                “La, kenapa tahan abang? Bahu nak tunjuk taring.”
                “Banyaklah abang punya taring. Buat malu saja nanti. Jom baliklah.”
                “Kita kan belum makan. Lapar ni sayang oi.”
                “Apa kata abang beli pizza. Lea pergi beli KFC. Kita tapau. Makan sambil lepak-lepak kat gazebo, mesti best. Tak pun makan tepi kolam. Lea rasa kat rumah lagi selesa.”
                “Hurm, okeylah. Lepak kat kolam renang pun best juga. Dapat rendam kaki.”
                “Jangankan kaki, satu badan pun boleh. Abang boleh berendam sampai kecut.”
                “Apanya yang kecut Lea?” Arman bertanya sambil ketawa. Sengal. Mulalah dengan otak kuning dia tu.
                “Kecut satu badan. Yang itu pun kecut sekali. Lepas tu boleh panggil Tok Mudin, sunatkan abang sekali lagi.” Hihihi. Aku pun tak mahu mengalah.
                “Dasyat! Apa yang tinggal dek oi. Nanti Lea menyesal kahwin dengan abang. Malam-malam termenung seorang kat katil. Abang nak sorong pun tak cukup length. Malam yang penuh berahi melepas begitu sahaja. Kecundang separuh jalan.” Arman bercakap sambil ketawa besar. Suka sangatlah tu.Terkena lagi aku. Kasar betul gurauan Arman. Bila dilayan, timbul pula yellow brain dia.
                “Banyaklah abang punya berahi. Jangan merapu, boleh tak?” Mulalah jemari aku ni nak bagi dia sepit ketam. Biar dia tahu, aku tak suka.
               “      Kalau berendam dengan Lea lagi syok. Basah bersama di kolam renang.” Arman menyakat sambil ketawa.
               “Jangan nak mengada-ngada. Dosa abang pada Lea belum habis lagi tau. Jangan nak tambah lagi.”
               “Alah sayang abang ni. Gurau-gurau sikit pun tak boleh. Geram.” Sempat sahaja Arman melepuk paha aku. Mulalah nak miang. Entah berapa banyak wayar kat kepalanya yang putus.
               “Kok ya pun nak bergurau, boleh tak tangan tu jangan merayap. Sedap dia aja melepuk kita, sakit tau.” Aku mengalihkan tangan Arman yang masih hinggap di peha. Bukan main lagi gelak dia. Suka sangatlah tu. Aku tersenyum kelat.
               “Ha! Itu ada satu. Abang boleh park keter kat situ.” Aku muncungkan mulut ke arah yang aku maksudkan. Ada satu parking lot yang kosong di depan Restoran Bunga Raya.
               Sebaik kaki melangkah keluar dari kereta terdengar satu panggilan yang agak kuat dari salah satu meja yang terdapat di hadapan restoran tersebut. Aku memanjangkan leher untuk melihat siapa pemanggil tersebut.
               “Hoi! Oghang kampung. Sinia.” Siapa pula yang dipanggil, tapi kenapa dia memandang ke arah aku dan Arman. Siap melambai lagi. Senyuman bukan main lebar. Handsome giler you. Siapa?
               Tercengang aku bila Arman turut melambai mengangkat tangan pada si pemanggil. Laju sahaja kakinya melangkah meninggalkan aku. Kurang sopan. Mulalah hati ini nak mendidih. Suka suki dia sahaja tinggalkan aku. Walaupun berat, terpaksa jugalah aku melangkah perlahan mendekati dua orang mamat yang dah bertepuk tampar sesama sendiri. Hairan bin ajaib. Bukan main mesra lagi mereka berdua ni. Arman siap menumbuk perut member dia tu. Bergurau sakan.
               “Ehem!” Aku berdehem. Bukan apa, nak mengingatkan Arman yang aku ini jangan diketepikan. Kok ya pun suka jumpa gang. Perkenalkanlah. Taik kucing betullah dia ni. Tak kan itu pun nak diajar. Bangang ke apa? Marah dah ni. Muka aku dah kemerahan. Panas hati.
               “Wau! Oghang kampung, ini bini hang yang ke beghapo pulak ni?” Tersengeh Mamat tu memandang aku sambil dengar kasarnya dia melepuk bahu Arman. Aku menggigit bibir. Muka yang memang dah mencuka menjadi kelat. Cantik punya bahasa. Ish, Arman ni betul ke dah kahwin? Bulat mata aku memandang Arman. Sakit pula hati ini bila Arman hanya memandang aku dengan sengehan lebar dia. Aku nak dengar jawapan bukan nak tengok sengeh dia yang lebar sampai ke telinga. Sengal. Tajam mataku memandang wajah Arman. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku cakar dengan kuku aku yang tak panjang ni. Memang aku betul-betul tarik muka. Kaki ini dah nak melangkah ke kereta bila telinga aku berdesing sekali lagi bila member Arman bersuara.
               “Cun. Baik hang punya taste. Hang tak mau introduce kat den ko, Oghang kampung?” Oghang kampung lagi. Kenapa dia panggil Arman macam tu. Siapa dia ni? Cakap ikut sedap mulut. Si Arman ni pulak dari tadi asyik tersengeh. Ada apa-apa yang mereka berdua ni rahsiakan dari aku ke? Andai aku tahu, senang cerita. Samaada nak tunggu dekat situ atau aku blah.
               “Sayang nak kemana ni?” Cepat sahaja Arman menarik tangan aku dan dibawanya ke dada. Nyaris lagi aku tersadung kerusi yang berhampiran. Sakit hati punya pasal, aku memang berhajat nak meninggalkan mereka. Gasaklah. Dia nak berbual sampai pagi pun. I don’t care. Aku mengeraskan badan. Soalan Arman aku jawab dengan jelingan. Muncung aku dah panjang sedepa.
               “Oi! Sayang ... ngonyam eh. Goli lak tolingo den ni ha. Oghang kampung. Muncung dah adik hang ni.Ilang sweet eh.”
               “Banyaklah aku punya adik. Hang nak tau? Ini Amylea Qistina. Dia ni tunang aku, bakal isteri aku.” Akhirnya Arman memperkenalkan aku pada gang dia yang terlebih mencerebeh tadi.
               “Upts!Tunang hang? Apo hang tak kobaan daghi tadi. Tak adolah aku beghughau toghuk macam tu tadi dengan hang.”
               “Tu lah kau pun, nak beghughau tu patut-patutlah. Hang ni suko nengok buah hati aku ni mencuko. Hang tengok tu, kalah asam keping kat restoran ni. Moncong.” Arman ketawa besar. Jemariku diramas. Sebelah tangan lagi menunjal kepala member yang belum diperkenalkan pada aku lagi tu.
               Nampak sangat yang mereka berdua ni macam dah kenal rapat. Nak kata loghat negeri campur pula loghat utara. Tunggang langgang bahasa rojak mereka ni. Tak kisahlah, janji aku faham. Yang aku tak faham tadi pertanyaan dia yang masih bermain di kepala otak aku ni. Aku ni bini Arman yang ke berapa. Arman ni dah kahwin ke? Bila? Abah tak cakap pun.
               “Sorrylah Amylea. Saya bergurau saja tadi dengan Oghang kampung.” Dia bangun. Badannya ditunduk tanda hormat. Ceh! Baru nak hormat. Tadi bukan main lagi bergurau senda dengan Arman. Aku memalingkan kepala. Bulat mataku mencari mata Arman. Manisnya senyuman dia. Mohon pengertianlah kut. Sengeh. Bangang ke apa dia ni? Takut sangat nak kenalkan lelaki macho tiada insuran ni.
               “Awak ni siapa? Kenapa panggil dia Oghang kampung? Bila pula Arman ni kahwin? Berapa ramai bini dia? Ramai sangat ke? Sampai tak terkira jumlahnya.” Akhirnya aku bersuara juga. Nak tunggu Arman, sampai besok pagi agaknya. Nak berahsia sangat kut dengan aku. Dia tak mahu cakap, biar aku yang bertanya. Bukannya aku tak ada mulut.
               “Kau tengok tu Md. Zain. Silap haribulan, perang besar aku dengan dia ni. Baik kau perbetulkan. Berangin dah tu.”
               “Duduklah dulu, basah-basahkan tekak.”
               “Tak payah. Saya dah kenyang.” Kasar aku menarik tangan dari pegangan Arman. Pirrah! Nak duduk dekat situ. Boleh jalan.
               “Boleh tahan cenge tunang ekau yo Oghang kampung. Maghah nampak eh.” Sekali lagi bahu Arman dilepuk. Dia ketawa besar sambil berdiri mendekati aku. Dengan selamba kedua-dua bahu aku dipegang. Perlahan dia mendudukkan aku di kerusi. Arman boleh buat derk saja. Geram.
               “Amylea Qistina. Sesuai dengan orangnya. Cantik. Bila bertunang dengan Oghang kampung ni? Dia tak beritahu pun.” Soalan aku dia tak jawab. Cantik sangatlah tu, dah terbalik. Dia pula yang menyoal. Aku betul-betul tak suka bila dengan selambanya pulak dia merapatkan kerusi duduk berhadapan dengan aku. Lutut kami bersentuhan. Gatalnya tangan dia memegang kedua-dua lengan aku. Tajam matanya memandang aku. Seramlah pula. Arman masih lagi membisu. Gila.
               “Awak ni sapa hah? Suka hati awak sahaja sentuh saya.” Aku menepis tangan dia dengan kasar sambil cuba bangun. Mukaku terasa membahang. Api kemarahan dah meluap ke kepala.
               “Wui! Garang. Kelas kau Arm.” Sekali lagi terlambak ketawa dia. Aku yang menyinga bangun mengadap Arman yang sedari tadi menjadi penonton.
               “Sapa dia ni abang? Yang abang dok diam asyik sengeh tu kenapa? Kenapa dia panggil abang Oghang kampung? Abang ni kenalan dia ke?” Macam bertih aku tujukan soalan pada Arman.
               “Kepala otak dia ni memang tak kira orang. Dia ingat semua orang boleh terima gurauan dia. Lea jangan dengar cakap si ‘Sewel’ ni?” Amboi sedap mulut dia saja mengutuk. Kok iapun siapa si ‘Sewel’ ni. Dari tadi payah sangat nak keluar dari mulut dia.
               “Hoi! Main kasar nampak.” Sekali lagi bahu Arman dilepuk. Arman membalasnya sambil ketawa. Dah macam budak-budak bertepuk tamparlah pulak.
               “Den ni Md Zain. Oghang Lonek. Duduk seghumah dongan Arman di Setiawan nun. Sajo pangge dio ni Oghang kampung sobab satu noghoghi. Ekau jangan maghah lak dokek dio ni. Den gughau jo tadi. Bilo lak Oghang kampung ni kawin, bolum laei. Yang eden tak tau bilo kau oghang boduo ni botunang. Dia tak kobaan kat den pun.” Terkedu sekejap. Panjang lebar dia menerangkan kedudukan sebenar. Mataku tertumpu pada Arman. Seolah-olah faham Arman menjelaskan bahawa Md Zain adalah kawan baiknya. Duduk serumah tapi berlainan jawatan. Md Zain seorang pegawai polis marin yang berpengkalan di Lumut.
               “Hurm! Berbuallah ya.” Aku bangun dan meninggalkan mereka. Kaki aku melangkah ke sebuah kerusi yang ditempatkan berhadapan dengan Pizza Hut. Lebih baik aku menyendiri di situ dari pedih telinga mendengar perbualan mamat dua ekor tu. Menyakitkan hati sahaja. Arman pun satu, mengalahkan ‘Soyah’. Berbual sampai lupa tujuan asal membawa aku keluar. Hampir setengah jam dibiarnya aku bersendirian sedangkan dia senang hati menghirup ‘fresh orange’. Sahlah dia ni tak faham bahasa badan. Jelingan dan gelengan aku tak diapeknya.
               “Jom.” Arman menarik tangan aku. Suka suki dia saja memelok pinggang aku. Sempat lagi dia melambai pada Md Zain yang mengangkat ibu jari. Muka aku? Jangan cakaplah. Kelat.
               “Dah puas berbual?”
               Sakit hati bila Arman hanya ketawa. Malam ni dia betul-betul menguji kesabaran aku. Andainya aku tahu dia nak membiarkan perut aku menyanyi lagu dangdut, tak sudi aku keluar dengan dia. Tak romantik langsung.
               “Kenapa mata Lea berair. Lea menangis? Lea marah abang ke?” Aku ingatkan dia tak perasan. Kepantangan aku kalau aku ditinggalkan sendirian. Kelaparan lagi. Baran aku cepat saja datang. Semula jadi. Air mata ni nak saja tumpah bila aku terlalu marah.
               “Tak. Habuk masuk mata. Suka sangat bila ditinggalkan sorang-sorang kat sini. Oghang tu senang hati dia je berbual. Lupa dia kat kita yang kebuluran ni.” Aku menyindir Arman.
               “Alololo! Buah hati abang ni lapar ya.”
               “Kenyang!”
               “Jom kita makan pizza.”
               “Tak payahlah. Lea nak balik.” Aku mengeraskan badan. Merajuklah kononnya.
               “Sorrylah sayang. Tak sangka boleh jumpa Md Zain kat sini. Tak tahu pulak dia balik. Sayang jangan ambil hati cakap dia tu ya. Dia tu memang suka bergurau macam tu. Jangan merajuklah. Huduh tau bila Lea marah.”
               “Dah tau huduh, pergilah kat bini-bini abang tu. Kenapa kawan dengan Lea. Lea taulah Lea ni tak cantik. Lea ni ntah siapa-siapa di hati abang. Tak sangka ya, betullah selama ini abang ni pasang ramai betina. Abang lupa dengan janji-janji abang. Abang memang sengaja nak menyakitkan lagi hati Lea.” Bila dah marah, pandai saja aku menyusun kata. Nak sahaja aku meninggalkan Arman dekat situ. Dia ingat aku boleh terima dengan gurauan dia tu. Tau tak aku tengah sakit hati.
               “Alah, abang gurau aja tadi. Lea buat macam mana punlah, Lea tetap cantik di mata abang.” Arman cuba melembutkan hati aku. Boleh jalan kau punya pujian.
               “Ya sangatlah tu. Manis di bibir.”
               “Dah. Jangan merajuk lagi. Tadi kata kebuluran. Abang pun lapar ni. Nak makan tak?”
               “Pergilah makan-makan dengan kawan abang yang miang tu. Suka hati dia sahaja pegang oghang. Ingat kita ni perempuan sundal ke?” Tak habis lagi aku menghamburkan kemarahan. Sengaja aku mengeraskan badan. Tak bergerak. Mata aku menjeling pada kawan Arman yang tersengeh memandang dari jauh. Seolah-olah faham aku mengata dia, aku lihat dia merapatkan kedua-dua tangan seperti orang minta maaf.
               “Lea sayang, abang minta maaf ya. Abang kan ajak Lea join sekali tadi. Lea tak mahu. Bila dah jumpa Md Zain tu, banyaklah yang nak dibualkan. Sorry dear.”
                Otak aku ni masih waras walaupun jiwa ni bergelora. Kaki ini ikut jugalah melangkah ke Pizza Hut. Di satu sudut aku membiarkan Arman menjamu selera. Tumpul selera aku bila Arman asyik bercerita mengenai Md Zain. Panjang lebar dia menjelaskan pada aku bagaimana mereka berkenalan. Asyik betul dia bercerita tentang aktiviti mereka berdua. Bosan.

               Satu perkara yang aku baru tahu. Abang polis aku ni suka membanggakan diri. Pada aku dia ni terror tackle perempuan. Let’s see how he is going to tackle my feelings.