Tuesday, April 7, 2015

Andai Ku Tahu .... Bab 28


Bab 28
                “Kita nak kemana ni?”
                “Ke bulan? Ke bintang? Ke tujuh petala langit pun abang sanggup bawa. Sebut saja Lea nak pergi mana?”
                “Amboi! Tujuh petala langit. Nak naik apa tu. Abang ada jet ke? Tak maulah. Kalau Lea ajak abang masuk kubur, nak ikut?”
                “Ke situ? Tak maulah. Ke syurga nak.”
                “Tadi kata sanggup. Ajak masuk kubur, tak mau pula. Cakap tak serupa bikinlah abang ni. Banyak ke pahala yang abang buat? Nak masuk syurga konon.”
                “Kok ia pun, janganlah sampai nak masuk kubur. Ngeri tau. Jangankan berbulan madu, kahwin pun belum lagi ni. Ajaklah abang pergi somewhere yang boleh kita lepak-lepak, boleh makan-makan dan boleh berbual. Bukan senang dapat chance macam ni kan? Ha! Bab masuk syurga tu, meh kita kahwin cepat. Abang bawa Lea ke syurga yang paling nikmat. Mau tak?” Mula nak tunjuk biang keladinya si Arman ni. Nak kena lepuk dia ni. Kita serious, dia bergurau pula. Mengada-ngada.
                “Ish, banyaklah abang punya lepak. Kalau setakat Bahau, mana nak pergi. Kuala Pilah? Lagilah orang kata pekan mati menjelang malam. Mana ada tempat yang menarik. Kalau setakat nak berbual kat rumah pun boleh.” Nak merajuklah ni, tak romantik langsung. Ajaklah aku tengok wayang ke, cerita Hindustan. Mentang-mentanglah dia polis, tak minat kut tengok cerita Bollywood ni. Kalau sekadar nak melepak, kat gazebo di rumah aku pun dah cukup best. Takkan aku nak ajak dia pergi Taman Tasik malam-malam ni, siap haribulan kena cekup. Hui! Siah Malaikat empat puloh empat. Mati kejung mak bapak aku kalau kami kena cekup.
                “So, nak kemana kita ni?” Arman sendiri pun bingung, tak tahu nak pergi mana. Aku lagilah tak tahu. Kalau siang bolehlah pergi ke City Park, Port Dickson ke. Dah malam ni nak lepak kat mana? Lu fikirlah sendiri Arman. Malu pula nak ajak dia tengok wayang. Buatnya tak ada cerita Hindustan. Haghu!
                Abah dengan mak bukan main sporting pula. On saja bila Arman minta izin untuk bawa aku keluar. Entah apa yang dihembus dek Arman, lembut pula lidah mereka membenarkan. Kalau ikutkan hati malas nak keluar sebab sehari dua ni sungguh memenatkan. Semalam abah buat khenduri. Seekor lembu tumbang. Siang tadi ikut rombongan ke rumah kak Sara. Abang Lan bertunang. Ikutkan penat badan, aku nak melingkar saja atas katil. Penat!
                Aku turutkan kehendak Arman sebab kaklong dan Meira. Lebih kepada nak menunjuk-nunjuk. Kononnya Arman sungguh-sunguh sukakan aku. Nama pun tunang kan? No hallah kalau aku keluar dengan dia, lagipun dia dah minta izin dari abah dan mak. Mak Teh pun sengeh saja tadi bila Arman buka mulut. Dasar polis, langsung tak gentar dia cakap dengan abah. Direct to the point. Minta nak keluar berdua. Arman tak peduli jelingan kaklong. Hihihi kaklong mesti berbulu dengan Arman. Si Meira yang mencebik pun dia tak endah. Sukanya aku. Aku apa peduli perasaan Meira. Cemburu kut? Dalam kepala otak aku, biarlah aku bergaduh macam mana pun dengan Arman, didepan mereka aku adalah tunang kesayangan Arman. Aku berdandan cantik. Selepas Maghrib kami berkereta ke Bahau.
                “Mana ada tempat yang best? Lea nak makan tak?” Apalah bodoh sangat dia ni. Boleh tanya soalan bangang. Kalau nak belanja makan, bawa sajalah kat mana-mana restoran. Tanya aku pula. Kau yang bawa kereta, aku duduk sebelah. Aku ikut sahaja. Tadi ajak masuk kubur tak mahu pula. Ish, sahlah dia ni tak romantik. Andainya aku tahu dari awal lagi, aku declare dekat abah. Serah dia bulat-bulat dekat Meira. Kan sebelum ni Meira pun tergila-gilakan Arman.
                Akhirnya Arman membelok ke simpang masuk Kiara. Berpusing di situ beberapa kali, mencari tempat parking. Tak kanlah nak masuk Kiara. Nak shopping apa? Nothing special kat sini. Nak masuk Marybrown ke dia ni? Hurm, I don’t like. Nak tengok wayang ke? Aku kerling kat iklan, tak ada pun cerita Hindustan.
                “Apa kata kita pergi dekat restoran Bunga Kantan? Makanan dekat situ pun, boleh tahan juga. Kita lepak kat situlah.” Aku mengesyorkan pada Arman. Asyik berpusing sampai empat lima kali, boring. At least dekat situ amanlah sedikit dari restoran terbuka. Adalah sedikit privacy.
                “Makanan apa yang best dekat sini?”
                “Makanan panas. Order sajalah.”
                “Ramai oranglah pulak. Tempat lain?” Kami tak jadi singgah bila melihat ramai pelanggan di Restoran Bunga Kantan. Melepas aku nak makan tomyam. Tomyam di situ best tau. Dua hari lagi dah nak balik Melaka. Kempunanlah aku. Hari raya ni pun ramai pula yang berkunjung ke restoran ni. Tak cukup ke lemang dan rendang dekat rumah. Melepas aku.
                “Tempat lain? Ntah. Kedai makan memang boleh tahanlah banyak dekat sini, food dia so far Lea rasa okey-okey aja. My suggestion balik aja rumah. Makan-makan kat gazebo pun best juga. Lea tak kisahlah.” Frust punya pasal. Aku ajak Arman balik saja.
                “Sayang oi. Kita berdua belum makan lagi tau. Perut abang ni dah mula ikut rentak keroncong. Lea tak lapar ke?” Arman tersengeh sambil tangannya mengusap perut. Buat muka kesian pulak.
                “Apa kata kita pergi kat Amira Tomyam. Dekat situ pun makanan dia sedap.” Hihihi tomyam lagi. Padahal kalau masak sendiri lagi sedap.
                Sekali lagi kami berdua kecewa kerana dekat Amira Tomyam pun full. Jangankan nak duduk-duduk makan dekat situ, tempat parking pun penuh. Kempunan lagilah aku.
                “Ramai betul orang malam ni. Apa kata kita halau saja mereka ni balik rumah. Cakap dengan mereka kita berdua ni tengah dating. Perut pun dah bernyanyi. Kasi chancelah kita lepak-lepak, makan-makan dekat sini kan. Dia orang ni tak sporting lansunglah.” Mulalah idea gila Arman. Ingat Bahau ni dia punya. Siot betullah otak dia.
                “Kalau abang terror, halaulah.”
                “Amboi! Lea cabar abang ya. Okey, tunggu abang berhentikan kereta dulu. You’ll see what I can do.” Arman memberhentikan kereta. Kepalanya berpusing memandang aku. Aku hanya tersengeh sambil mengangkat-ngangkat kening. Nak tengok, berani sangatlah abang polis aku ni.
                Aku segera memegang lengan Arman bila dia membuka pintu kereta. Sebelah kaki dah melangkah keluar. Biar betul. Sewel.
                “La, kenapa tahan abang? Bahu nak tunjuk taring.”
                “Banyaklah abang punya taring. Buat malu saja nanti. Jom baliklah.”
                “Kita kan belum makan. Lapar ni sayang oi.”
                “Apa kata abang beli pizza. Lea pergi beli KFC. Kita tapau. Makan sambil lepak-lepak kat gazebo, mesti best. Tak pun makan tepi kolam. Lea rasa kat rumah lagi selesa.”
                “Hurm, okeylah. Lepak kat kolam renang pun best juga. Dapat rendam kaki.”
                “Jangankan kaki, satu badan pun boleh. Abang boleh berendam sampai kecut.”
                “Apanya yang kecut Lea?” Arman bertanya sambil ketawa. Sengal. Mulalah dengan otak kuning dia tu.
                “Kecut satu badan. Yang itu pun kecut sekali. Lepas tu boleh panggil Tok Mudin, sunatkan abang sekali lagi.” Hihihi. Aku pun tak mahu mengalah.
                “Dasyat! Apa yang tinggal dek oi. Nanti Lea menyesal kahwin dengan abang. Malam-malam termenung seorang kat katil. Abang nak sorong pun tak cukup length. Malam yang penuh berahi melepas begitu sahaja. Kecundang separuh jalan.” Arman bercakap sambil ketawa besar. Suka sangatlah tu.Terkena lagi aku. Kasar betul gurauan Arman. Bila dilayan, timbul pula yellow brain dia.
                “Banyaklah abang punya berahi. Jangan merapu, boleh tak?” Mulalah jemari aku ni nak bagi dia sepit ketam. Biar dia tahu, aku tak suka.
               “      Kalau berendam dengan Lea lagi syok. Basah bersama di kolam renang.” Arman menyakat sambil ketawa.
               “Jangan nak mengada-ngada. Dosa abang pada Lea belum habis lagi tau. Jangan nak tambah lagi.”
               “Alah sayang abang ni. Gurau-gurau sikit pun tak boleh. Geram.” Sempat sahaja Arman melepuk paha aku. Mulalah nak miang. Entah berapa banyak wayar kat kepalanya yang putus.
               “Kok ya pun nak bergurau, boleh tak tangan tu jangan merayap. Sedap dia aja melepuk kita, sakit tau.” Aku mengalihkan tangan Arman yang masih hinggap di peha. Bukan main lagi gelak dia. Suka sangatlah tu. Aku tersenyum kelat.
               “Ha! Itu ada satu. Abang boleh park keter kat situ.” Aku muncungkan mulut ke arah yang aku maksudkan. Ada satu parking lot yang kosong di depan Restoran Bunga Raya.
               Sebaik kaki melangkah keluar dari kereta terdengar satu panggilan yang agak kuat dari salah satu meja yang terdapat di hadapan restoran tersebut. Aku memanjangkan leher untuk melihat siapa pemanggil tersebut.
               “Hoi! Oghang kampung. Sinia.” Siapa pula yang dipanggil, tapi kenapa dia memandang ke arah aku dan Arman. Siap melambai lagi. Senyuman bukan main lebar. Handsome giler you. Siapa?
               Tercengang aku bila Arman turut melambai mengangkat tangan pada si pemanggil. Laju sahaja kakinya melangkah meninggalkan aku. Kurang sopan. Mulalah hati ini nak mendidih. Suka suki dia sahaja tinggalkan aku. Walaupun berat, terpaksa jugalah aku melangkah perlahan mendekati dua orang mamat yang dah bertepuk tampar sesama sendiri. Hairan bin ajaib. Bukan main mesra lagi mereka berdua ni. Arman siap menumbuk perut member dia tu. Bergurau sakan.
               “Ehem!” Aku berdehem. Bukan apa, nak mengingatkan Arman yang aku ini jangan diketepikan. Kok ya pun suka jumpa gang. Perkenalkanlah. Taik kucing betullah dia ni. Tak kan itu pun nak diajar. Bangang ke apa? Marah dah ni. Muka aku dah kemerahan. Panas hati.
               “Wau! Oghang kampung, ini bini hang yang ke beghapo pulak ni?” Tersengeh Mamat tu memandang aku sambil dengar kasarnya dia melepuk bahu Arman. Aku menggigit bibir. Muka yang memang dah mencuka menjadi kelat. Cantik punya bahasa. Ish, Arman ni betul ke dah kahwin? Bulat mata aku memandang Arman. Sakit pula hati ini bila Arman hanya memandang aku dengan sengehan lebar dia. Aku nak dengar jawapan bukan nak tengok sengeh dia yang lebar sampai ke telinga. Sengal. Tajam mataku memandang wajah Arman. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku cakar dengan kuku aku yang tak panjang ni. Memang aku betul-betul tarik muka. Kaki ini dah nak melangkah ke kereta bila telinga aku berdesing sekali lagi bila member Arman bersuara.
               “Cun. Baik hang punya taste. Hang tak mau introduce kat den ko, Oghang kampung?” Oghang kampung lagi. Kenapa dia panggil Arman macam tu. Siapa dia ni? Cakap ikut sedap mulut. Si Arman ni pulak dari tadi asyik tersengeh. Ada apa-apa yang mereka berdua ni rahsiakan dari aku ke? Andai aku tahu, senang cerita. Samaada nak tunggu dekat situ atau aku blah.
               “Sayang nak kemana ni?” Cepat sahaja Arman menarik tangan aku dan dibawanya ke dada. Nyaris lagi aku tersadung kerusi yang berhampiran. Sakit hati punya pasal, aku memang berhajat nak meninggalkan mereka. Gasaklah. Dia nak berbual sampai pagi pun. I don’t care. Aku mengeraskan badan. Soalan Arman aku jawab dengan jelingan. Muncung aku dah panjang sedepa.
               “Oi! Sayang ... ngonyam eh. Goli lak tolingo den ni ha. Oghang kampung. Muncung dah adik hang ni.Ilang sweet eh.”
               “Banyaklah aku punya adik. Hang nak tau? Ini Amylea Qistina. Dia ni tunang aku, bakal isteri aku.” Akhirnya Arman memperkenalkan aku pada gang dia yang terlebih mencerebeh tadi.
               “Upts!Tunang hang? Apo hang tak kobaan daghi tadi. Tak adolah aku beghughau toghuk macam tu tadi dengan hang.”
               “Tu lah kau pun, nak beghughau tu patut-patutlah. Hang ni suko nengok buah hati aku ni mencuko. Hang tengok tu, kalah asam keping kat restoran ni. Moncong.” Arman ketawa besar. Jemariku diramas. Sebelah tangan lagi menunjal kepala member yang belum diperkenalkan pada aku lagi tu.
               Nampak sangat yang mereka berdua ni macam dah kenal rapat. Nak kata loghat negeri campur pula loghat utara. Tunggang langgang bahasa rojak mereka ni. Tak kisahlah, janji aku faham. Yang aku tak faham tadi pertanyaan dia yang masih bermain di kepala otak aku ni. Aku ni bini Arman yang ke berapa. Arman ni dah kahwin ke? Bila? Abah tak cakap pun.
               “Sorrylah Amylea. Saya bergurau saja tadi dengan Oghang kampung.” Dia bangun. Badannya ditunduk tanda hormat. Ceh! Baru nak hormat. Tadi bukan main lagi bergurau senda dengan Arman. Aku memalingkan kepala. Bulat mataku mencari mata Arman. Manisnya senyuman dia. Mohon pengertianlah kut. Sengeh. Bangang ke apa dia ni? Takut sangat nak kenalkan lelaki macho tiada insuran ni.
               “Awak ni siapa? Kenapa panggil dia Oghang kampung? Bila pula Arman ni kahwin? Berapa ramai bini dia? Ramai sangat ke? Sampai tak terkira jumlahnya.” Akhirnya aku bersuara juga. Nak tunggu Arman, sampai besok pagi agaknya. Nak berahsia sangat kut dengan aku. Dia tak mahu cakap, biar aku yang bertanya. Bukannya aku tak ada mulut.
               “Kau tengok tu Md. Zain. Silap haribulan, perang besar aku dengan dia ni. Baik kau perbetulkan. Berangin dah tu.”
               “Duduklah dulu, basah-basahkan tekak.”
               “Tak payah. Saya dah kenyang.” Kasar aku menarik tangan dari pegangan Arman. Pirrah! Nak duduk dekat situ. Boleh jalan.
               “Boleh tahan cenge tunang ekau yo Oghang kampung. Maghah nampak eh.” Sekali lagi bahu Arman dilepuk. Dia ketawa besar sambil berdiri mendekati aku. Dengan selamba kedua-dua bahu aku dipegang. Perlahan dia mendudukkan aku di kerusi. Arman boleh buat derk saja. Geram.
               “Amylea Qistina. Sesuai dengan orangnya. Cantik. Bila bertunang dengan Oghang kampung ni? Dia tak beritahu pun.” Soalan aku dia tak jawab. Cantik sangatlah tu, dah terbalik. Dia pula yang menyoal. Aku betul-betul tak suka bila dengan selambanya pulak dia merapatkan kerusi duduk berhadapan dengan aku. Lutut kami bersentuhan. Gatalnya tangan dia memegang kedua-dua lengan aku. Tajam matanya memandang aku. Seramlah pula. Arman masih lagi membisu. Gila.
               “Awak ni sapa hah? Suka hati awak sahaja sentuh saya.” Aku menepis tangan dia dengan kasar sambil cuba bangun. Mukaku terasa membahang. Api kemarahan dah meluap ke kepala.
               “Wui! Garang. Kelas kau Arm.” Sekali lagi terlambak ketawa dia. Aku yang menyinga bangun mengadap Arman yang sedari tadi menjadi penonton.
               “Sapa dia ni abang? Yang abang dok diam asyik sengeh tu kenapa? Kenapa dia panggil abang Oghang kampung? Abang ni kenalan dia ke?” Macam bertih aku tujukan soalan pada Arman.
               “Kepala otak dia ni memang tak kira orang. Dia ingat semua orang boleh terima gurauan dia. Lea jangan dengar cakap si ‘Sewel’ ni?” Amboi sedap mulut dia saja mengutuk. Kok iapun siapa si ‘Sewel’ ni. Dari tadi payah sangat nak keluar dari mulut dia.
               “Hoi! Main kasar nampak.” Sekali lagi bahu Arman dilepuk. Arman membalasnya sambil ketawa. Dah macam budak-budak bertepuk tamparlah pulak.
               “Den ni Md Zain. Oghang Lonek. Duduk seghumah dongan Arman di Setiawan nun. Sajo pangge dio ni Oghang kampung sobab satu noghoghi. Ekau jangan maghah lak dokek dio ni. Den gughau jo tadi. Bilo lak Oghang kampung ni kawin, bolum laei. Yang eden tak tau bilo kau oghang boduo ni botunang. Dia tak kobaan kat den pun.” Terkedu sekejap. Panjang lebar dia menerangkan kedudukan sebenar. Mataku tertumpu pada Arman. Seolah-olah faham Arman menjelaskan bahawa Md Zain adalah kawan baiknya. Duduk serumah tapi berlainan jawatan. Md Zain seorang pegawai polis marin yang berpengkalan di Lumut.
               “Hurm! Berbuallah ya.” Aku bangun dan meninggalkan mereka. Kaki aku melangkah ke sebuah kerusi yang ditempatkan berhadapan dengan Pizza Hut. Lebih baik aku menyendiri di situ dari pedih telinga mendengar perbualan mamat dua ekor tu. Menyakitkan hati sahaja. Arman pun satu, mengalahkan ‘Soyah’. Berbual sampai lupa tujuan asal membawa aku keluar. Hampir setengah jam dibiarnya aku bersendirian sedangkan dia senang hati menghirup ‘fresh orange’. Sahlah dia ni tak faham bahasa badan. Jelingan dan gelengan aku tak diapeknya.
               “Jom.” Arman menarik tangan aku. Suka suki dia saja memelok pinggang aku. Sempat lagi dia melambai pada Md Zain yang mengangkat ibu jari. Muka aku? Jangan cakaplah. Kelat.
               “Dah puas berbual?”
               Sakit hati bila Arman hanya ketawa. Malam ni dia betul-betul menguji kesabaran aku. Andainya aku tahu dia nak membiarkan perut aku menyanyi lagu dangdut, tak sudi aku keluar dengan dia. Tak romantik langsung.
               “Kenapa mata Lea berair. Lea menangis? Lea marah abang ke?” Aku ingatkan dia tak perasan. Kepantangan aku kalau aku ditinggalkan sendirian. Kelaparan lagi. Baran aku cepat saja datang. Semula jadi. Air mata ni nak saja tumpah bila aku terlalu marah.
               “Tak. Habuk masuk mata. Suka sangat bila ditinggalkan sorang-sorang kat sini. Oghang tu senang hati dia je berbual. Lupa dia kat kita yang kebuluran ni.” Aku menyindir Arman.
               “Alololo! Buah hati abang ni lapar ya.”
               “Kenyang!”
               “Jom kita makan pizza.”
               “Tak payahlah. Lea nak balik.” Aku mengeraskan badan. Merajuklah kononnya.
               “Sorrylah sayang. Tak sangka boleh jumpa Md Zain kat sini. Tak tahu pulak dia balik. Sayang jangan ambil hati cakap dia tu ya. Dia tu memang suka bergurau macam tu. Jangan merajuklah. Huduh tau bila Lea marah.”
               “Dah tau huduh, pergilah kat bini-bini abang tu. Kenapa kawan dengan Lea. Lea taulah Lea ni tak cantik. Lea ni ntah siapa-siapa di hati abang. Tak sangka ya, betullah selama ini abang ni pasang ramai betina. Abang lupa dengan janji-janji abang. Abang memang sengaja nak menyakitkan lagi hati Lea.” Bila dah marah, pandai saja aku menyusun kata. Nak sahaja aku meninggalkan Arman dekat situ. Dia ingat aku boleh terima dengan gurauan dia tu. Tau tak aku tengah sakit hati.
               “Alah, abang gurau aja tadi. Lea buat macam mana punlah, Lea tetap cantik di mata abang.” Arman cuba melembutkan hati aku. Boleh jalan kau punya pujian.
               “Ya sangatlah tu. Manis di bibir.”
               “Dah. Jangan merajuk lagi. Tadi kata kebuluran. Abang pun lapar ni. Nak makan tak?”
               “Pergilah makan-makan dengan kawan abang yang miang tu. Suka hati dia sahaja pegang oghang. Ingat kita ni perempuan sundal ke?” Tak habis lagi aku menghamburkan kemarahan. Sengaja aku mengeraskan badan. Tak bergerak. Mata aku menjeling pada kawan Arman yang tersengeh memandang dari jauh. Seolah-olah faham aku mengata dia, aku lihat dia merapatkan kedua-dua tangan seperti orang minta maaf.
               “Lea sayang, abang minta maaf ya. Abang kan ajak Lea join sekali tadi. Lea tak mahu. Bila dah jumpa Md Zain tu, banyaklah yang nak dibualkan. Sorry dear.”
                Otak aku ni masih waras walaupun jiwa ni bergelora. Kaki ini ikut jugalah melangkah ke Pizza Hut. Di satu sudut aku membiarkan Arman menjamu selera. Tumpul selera aku bila Arman asyik bercerita mengenai Md Zain. Panjang lebar dia menjelaskan pada aku bagaimana mereka berkenalan. Asyik betul dia bercerita tentang aktiviti mereka berdua. Bosan.

               Satu perkara yang aku baru tahu. Abang polis aku ni suka membanggakan diri. Pada aku dia ni terror tackle perempuan. Let’s see how he is going to tackle my feelings.

Friday, July 19, 2013

Ramadhan datang lagi......

dah 10 hari kita berpuasa.....hampir setiap hari jugalah aku dan hubby pulang ke kampung.....kadang-kadang anak-anak aku juga ikut.....terubat rindu pada mak dan abah....ceria hatiku bila melihat rumah peninggalan ayah bonda terbela.....setiap hari ada saja juadah yg bertukar tangan.....rendang ayam...ayam panggang....ah rasanya selalu menjadi hidangn kami di bulan puasa....kalau sebelum ini sukar untuk mendapat ayam kampong tapi sekarang anak-anak ku sebut aja.....dah siap dimasak....Nor memang pandai masak.....Air kelapa muda....sebut aja....si Misrun pasti panjat pokok dan nah....siap dlm jug...cuma minum saja.....
Ramadhan kali ni disambut dengan membakar lemang.....memang hajat suamiku nak bakar tapi kesihatannya terganggu....Bambang yang menyediakan......seperti Abah dan mak pulak yg masakkan lemang dan rendang.....
       Suami tercinta mengalami masalah kesihatan sebelum dan seawal Ramadhan....Syukurlah selepas 10 hari berpuasa....boleh dikatakan selang sehari minum air kelapa.....banyak minum air kosong...dan membuat amalan yg diketahui.....syukur...sudah beransor pulih....dan wajah-wajah ceria muncul kembali.....
       Di Ramadhan yg mulia ini ku sujud syukur pada MU Ya Allah.....rahmati lah seluruh keluargaku ...orang-orang yg ku sayang.....murahkan rezeki kami....berikanlah kami kesihatan yg baik....terimalah ibadah kami....dan ku pohon padaMU Ya Allah....tempatkan kedua ibubapa ku,adikku Dr Ruzanna,Kak Edah,Wani,Abang Long,Faizal bersama orang-orang yg beriman.....

Saturday, January 28, 2012

Al-fatihah dik..........semoga kau tenang disana

saat-saat begini hanya menjadi kenangan terindah.........
Al-fatihah buat abah dan mak tercinta............
Kak long,Arwah adik Prof.madya Dr Ruzanna,Intan dan aku.......

aku tak tahu nak mula dari mana.........bila ku tatap gambar ini hatiku sebak sekali......
ku rasa inilah saat di mana kita berempat paling gembira sekali
bukan senang nak berkumpul macam ni..........
adik yang beria sangat nak ambil gambar......
rupanya inilah gambar terakhir .wajah-wajah ceria kita bersama.........
ketika itu kau masih sehat...........ceria.........

bulan Januari 2011........tak ingin ku ingat tarikhnya........
persis halilintar membelah bumi.......
terhenti sekejap rasanya denyutan jantungku..........BILA......
ADIK SAH CANCER OVARY TAHAP 4..........
Ya Allah...........hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ku ketika itu..........
Ku teringat wajah mak..........abah.........yang telah pergi dahulu mengadapNYA......
kenapalah INSAN ini yang dipilihNYA.........
sesungguhnya Dik........
aku kagum dengan ketabahanmu.........
kau begitu kuat semangat.........
walaupun kau tahu MAUT telah menghampirimu.........
kau masih ceria dan boleh tersenyum..........
di dalam kesebakan di dada..ku toleh ke lain.......
tak ingin ku tunjukkan padamu kesedihan hati ini.........
tak pernah ku tunjukkan genangan air mata padamu.......
bila ku menjenguk mu di banglow Indah mu.....
ku berikan kata-kata semangat dan keceriaan yang sebaik mungkin.........

1 tahun Dik.............
kau mengharungi derita mu........
tak pernah sekali pun kau mengadu...mengeluh.......
tak pernah sekali pun kau kata kau sakit........
bila ku bertanya....kau kata adik OK.......walaupun aku tahu kau dalam kesakitan.....
kerana baru sahaja menjalani KIMO yang entah kesekian kalinya.........

kau ada berkata pada ku........
You are lucky to have children..........
they will be there to pray for you when you are GONE...........but ME.....

walaupun kau tiada anak dik....
ramai yang menyayangi kau.........
kalaulah kau boleh `melihat.'........
pasti kau akan tersenyum..........
ramainya yang menziarahi kau dik......
ramai yang membaca ayat-yat suci untuk mu........
ramai yang mendoakan mu..........

Rakan-rakan sepermainan mu semasa kecil juga hadir dik......
mereka sama-sama mendoakan kesejahteraan mu di alam sana........

Terasa bangga ku terhadap mu dik........
Kau terlalu baik.........

mungkin banyak yang kau hendak perkatakan padaku dan abang........
begitu juga aku dan abang mu............
namun di sudut hati kami.........

kami memaafkan segala keterlanjuran mu........

begitu juga sempat ku bisikkan ke cuping telinga mu.........

maafkan Kakak mu ini .........kalau ada perkara yang pernah ku sakiti hati mu.......
di telinga mu .ku bisikkan kalimah Allah........
ku bilikkan shahadah..........
ku katakan kepada mu......
pergilah dik...
pergilah..........
Allah menyayangi mu ............
di sini........di alam ini.....
aku tak lepas mendoakan mu.......
juga abah dan mak.........
semoga semua yang tersayang.........AMAN DAN DITEMPATKAN
BERSAMA-SAMA MUKMININ............

AL-FATIHAH...........





Friday, April 29, 2011

Cukuplah kali ini...IAB tak mungkin ku jengah lagi

IAB......dari tingkat 4.....selalunya akan terlihat Hotel yang bewarna warni di Genting Highland tapi pagi tu ianya diselubungi kabus........dingi di pagi hari di IAB....




bilik C107................tiba2 blackout..............
bilik C 113...........keseorangan.....sapa kat sebelah.....
Tahun 2003......peristiwa demi peristiwa yang mana ku tahu mengimbau kembali.....
teringat aku pada Rosmaria...Julia....Dayang....Helen.....Pak Om....dan ramai lagi
tapi ....bukan ini yang nak aku ceritakan.....
sebelum ini setiap kali aku ke IAB.....aku pasti ditemani oleh teman di sebelah bilik...tapi kali ini.....
25 April 2011....aku dihantar ke IAB oleh hubbyku yang cukup setia untuk menghantarku ke sana..
kedinginan IAB mula terasa bila kakiku melangkah keluar dari kereta......
`Saya nak bilik bawah ya......tak laghat nak naik tangga' permintaanku di kaunter pendaftaran.
`bilik C107 cikgu.....kat bawah ni....lagi pun tak ramai lagi yang melapur aghi ni....'
aku dihantar oleh budak bangla yang handsem ...baghu 21 tahun umor...kebilik C107.....nak bagi tip....takderlah ...dah memang kerja dia.....gusar gak bila jln bersendirian ngan Mat Bangla ni....lorong ke bilik ku sunyi jer...tapi alhamdulillah......sempat gak berbual walaupun BI dia kureng tapi blhlah faham apa yang dia nak sampaikan......
Sesampai aku di bilik ingat nak relax....teringat lak baju aku mesti kerenyuk sbb beg aku kali ini padat dan of course beghat.....
Selepas solat...aku mula mengeluarkan barangan ku ...menyusunnya dalam almari dan baju-baju sutera yang aku seterika aku sangkutkan pada penyangkut di dinding pintu...coz aku tak bawak hanger.....selepas mandi ...ku tinjau bilik sebelah...senyap.......gelap.....
TV menemani ku .....aku baghu nak bukak lap-top tiba2.....GELAP......ish kenapa ni....aku tinjau kat luar....teghang.....bilik aku jer ni.....jam baghu menunjukkan 6.45 petang.....ish tak boleh jadi ni.....aku berlari ke kaunter membuat laporan.....MR Pendaftar bagi aku kunci sebelah ...sughuh check samaada sebelah ader tak letrik.....aku ambil kunci dan aku check.....ADA....dan dalam perjalanan baghu aku peghasan.......
`heeeeeee saya nak tukar bilik....takut saya....2 bilik ajer tu...dah tu depan tangga lak.....'
`ok....Cikgu pindah bilik C113......' aku setuju....
`ha ...ada oghang ni cikgu....ada cahaya lampu ha.....'...aku mula lega sekurang-kurangnya aku tidak bersendirian......
Dengan cepat aku memindahkan baranganku dari C107 ke bilik C113.....dah nak maghrib ni.....aku tinggalkan bilik aku untuk makan malam.....
sekembalinya aku ....kononnya nak berkenalan....aku memberi salam......tak bersambut ku ketuk pintu.....tak der sesiapa yang menjawab.....ish maner oghang ni....hatiku mula berdetik....
malam itu aku telan ubat tidur dan TV menemani ku samai pagi.......
             Keesokannya.....bilik air basah.....tapi bila dia mandi.....aku ketuk lagi pintu...beri salam....tak bersambut......setelah bersiap aku meninggalkan bilik ku dengan tanda tanya....
sekali lagi aku kekaunter semasa balik untuk lunch.....kunci takder cikgu....ader oghang tu...tapi saper.???????
             3 malam aku didalam kegusaran.....kesunyian....berapa lamalah aku boleh berbual telefon ngan suami dan anak2ku....aku tak memberitahu mereka mengenai bilik sebelah yang tak berpenghuni....tapi lampu ON...tak kira siang atau malam.....tiada siapa yang menyahut panggilanku......Arghhhhhhh......mungkin inikah bilik yang Helen duduk dulu.....brmain di fikiranku....ku perhatikan barangan ku ...semuanya ada....takder yang ghaib.....
              U all nak tau kenapa.............satu ketika dulu barangan kawanku Helen...disembunyikan....kasut ....baju dalam......selepas beberapa minggu MUNCUL balik di tempat yang sama......SAPA NAK JAWAB.....SAPA AMBIL BENDA2 TU......SUBHANALLAH.....
TAK AKAN AKU JENGAH LAGI IAB......CUKUPLAH KALI INI.....pengalaman yang membuat hatiku gusar.....

Tuesday, March 15, 2011

Dia dalam Kenangan....

Dia pilihan abangku.....Ceria?....aku labelkan dia ni kecoh....
kalau dia ada ...join ngan adik ku Intan yg lagi kecoh...2 oghang ni pun cukup untuk meriuhkan ghumah mak dan ayahku....macam 20 oghang itu kata jiran2ku kat kampung.....
Mereka pun tumpang senyum kalau mendengar gelak tawa yang ghiuh kat ghumah mak abah aku ....
Dia ni x peduli walaupun dah dalam mulut oghang kalau dia nak ....ghampas ajer.....
Geram jugak ngan perangainya....nasi ngan lauk yang dalam pinggan kita....tak sempat menjamahnya...dia boleh selamba ajer mengambil dan terus dibawa laghi....menjadi habuanya.....kita bising macam mana pun dia blh buat derk ajjer.....yang abang aku pun satu ....Tersengeh ajer....
Memang geram ngan perangai dia yang sorang ni....
Masa abah ada dulu....dia ni x dibenarkan masuk dapur....abah mmg x ngam ngan masakan nya....! kilo lada keghing abih digulainya....apa lagi kepakarannya....kalau bukan asam pedas.....
Satu lagi perangainya yang x boleh aku lupa....jangan ada yang lebih daripadanya....apa2 pun dia pilih dulu...sama gak ngan adik ku Intan yang kat Melaka tu....ngam sangatlah dia oghang berdua.....yang jadi mangsa ke dapur selalunya kak long dan akulah.....Intan ngan dia memekak bolehlah.....bab makan ...pandailak tu...macam terbau ajer hidung tu....tughun kedapur mengadap nasi ngan lauk...tu pun ghampas pinggan oghang yg dah siap terisi nasi dan lauk.....TAPI ITU KENANGAN LALU YANG TAK MUNGKIN BERULANG KEMBALI.....
DI KEDINGINAN PAGI....AKU BAGHU AJA SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SUBUH...TELEFON BERDERING....INGAT NAK MENYAMBUNG BALIK MEREHATKAN BADAN YANG KELETIHAN KERANA BAGHU AJA SAMPAI DAGHI JOHOR LEWAT MALAM TU....TAK SEDAP HATI PULAK.....KU CAPAI H.PHONE KU LIHAT AHHHH....DARI INTAN....APAHAL LAH PULAK NI.....HATIKU DAH MULA BERDEBAR....JANGANLAH ADA BERITA TAK BAIK LAGI.....
KU BUAT PANGGILAN....SAYUP DI HUJUNG SANA SUARA ESAKAN INTAN YANG MENGATAKAN KAKAK IPARKU DAH PULANG KERAHMATULLAH.....SUNGGUH TAK PERCAYA......
Aku masih sangsi.....ku buat panggilan ke abang ku.....dia diam dihujung sana.....gelabah aku.....kedengaran tangisan dari Alia.....mak dah tak da mak lang.....mak dah meninggal....mak lang mak Alia dah tak ada.....Ya Allah....berita itu benar rupanya....
Aku terkedu....apa yang boleh ku lakukan hanya menyabarkan anak buahku yang sanggup berhenti kerja menjaga maknya yang sakit `stroke',kencing manis dan biasalah kakak iparku itu memang eleh ....manja sangat ngan abangku....
Pergi mandi dulu....lepas tu ambil wudhuk....sembahyang dan baca surah yassin kat mak....dah jangan nangis lagi....redhakan pemergiannya.....Itulah yang boleh aku perkatakan.....insyaAllah mak lang akan sampai kesana....
Terkilan jugak aku tidak dapat menantap wajahnya buat kali terakhir...kerana jenazahnya sudah siap dimandikan dan dikapankan sesampai aku di Segambut.....sempat jugak aku dan suami bertahlil di rumah sementara menunggu Acu dan isterinya sampai....lewat sangat....terpaksa menunggu kerana dia tak tahu jalan ke rumah abang ku.....
KuMohon pada Mu Ya Allah....cucurilah rahmat keatas kakak iparku....tempatkan dia bersama orang2 yang soleh.....Tenangkan lah abang dan anak2nya menghadapi dugaan ini.....al-fatihah buat Mu kak Edah.....aku merindui gelak tawa mu....aku jugak rindu pada mak dan abah....
arwah mak dan abah yang sangat aku rindu.....
arwah kak Edah ngan abang.....

Dugaan yang bertimpa......Ya Allah cucurilah rahmat ke atas mereka.....aminnnnn

Ya Allah begitu besar dugaan Mu ke atas family sejak dua menjak ni....
baru sangat rasa arwah Wani meninggal dunia mengikut perginya abah dan mak.....lepas tu abang long yang dulu banyak membantuku....
kemudian Faizal....anak bujang Intan yang pergi mengadapMu kerana barah.....
lepas itu dikejutkan pula dengan kemalangan yang mengerikan meragut nyawa abang sepupuku.....kesian Kak Ngah....dia yang menjagaku semasa aku di hospital Seremban melahirkan anak pertamaku......tak lama selepas itu diikuti pulak oleh Wok yang mengidap barah jugak.....Ya Allah.....
Kemudian aku dikejutkan dengan penyakit barah usus yang dihidapi oleh mak ngah ku....lama juga dia menderita dan akhirnya dialah penutup kesedihan keluargaku apabila ia menghembuskan nafas penghujung tahun 2010......ku ingat itu penutupnya......kerana 2010.....aku juga kehilangan 2 orang abang iparku yang meninggal selang sehari ....sebelum itu anak buahku meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan ......Sedih
Awal pagi aku dikejutkan oleh panggilan kak long ku.....adik kesayanganku mengidap barah....biar betul.....sungguh sukar untuk mempercayainya....tapi kami redha dengan kehendakmu Ya Allah.....kalau itu suratannya.....
Adikku telah menjalani rawatan....sudah 2 kali membuat `kimo'...dan alhamdulillah setakat ini dia beransor sihat......
Entah bagaimana tergerak hati ini untuk mengajak hubbyku balik ke Bahau walhal kami memang dah berada di Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buahku di Kota Tinggi.....aku katakan takda mood nak ke sana....rupa2nya....kuasaMu yaAllah....
di kedinginan subuh ku terima panggilan telefon yang mengharukan dari adikku Intan....masih aku tak percaya....ku hubungi abangku....tak terkata abangku di sebelah sana....aku dihubungi oleh anaknya yang teresak2 menangis mengatakan mak kesayangannya dah pergi mengadap Ilahi.....Ya Allah.....begitu besar dugaanMu....terkenang aku anak-anaknya yang masih keseorangan belum berumah tangga dan abangku....bagaimana dia menghadapi dugaan Ini.....
Ya Allah ....setiap kali selepas solat aku mohon kepadaMu ....tempatkanlah mereka bersama-sama orang yang soleh....jauhkan lah mereka dari seksa kubur....rahmatilah roh mereka....aminnnnnn
Ku mohon padaMu Ya Allah....pulihkan penyakit adik ku....kembalikan keceriaan kepada familyku......Ku Mohon kepada Mu Ya Allah......sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....Aminnnnnnn

Monday, March 14, 2011

SERAWAK DALAM KENANGAN


inilah flight yg aku naik ke Serawak......
Serawak ...adalah destinasi yg kami tujui.....bandar Serawak itu pun dah cukup besar....dengan menaiki pesawat Air Asia kami berlepas ke Kuching dan sampai di sana waktu matahari hampir tegak di atas kepala.....
Kami dijemput oleh tourist guide yg begitu ceria Mr Mathew seorang Bidayuh yang sangat fasih berbahasa Melayu....tahu gak loghat Negeri Sembilan.Diantara languages yg diketahuinya ialah Mandarin,German,little bit of Tamil,Frenchdan of course English.Banyak Info yg aku perolehi darinya......ok now U all layanlah gambar2 yg sempat aku shoot masa kat sana.....
replika Kucing yg naked.....diberi pakaian mengikut musim...
sebelum berlepas sempat jugak bergambar....
diantara tempat yg dilawati....kilang membuat pasu.....

dalam flight......
destinasi pertama sesampai aja ke Serawak.....
ikan terubok.......adalah beli sedikit untuk dibawa balik....
keesokkannya kami di bawa ke Sarikin...jauh 
menaiki shuttle almost 1jam 40 minit....
lalu kat Bau...sempat gak tanya dimana kem tentera.....
dah tak ada....bukan apa dulu arwah abah aku pernah bertugas kat Bau dan Miri....
Ya Allah dapat aku bayangkan betapa susahnya masa tu....
mungkin abahku meredah hutan dan paya....sungai2 kecilnya ada buaya lagi.....
di sarikin sempat gak aku beli `key-chain' untuk anak2 dan stafs
aku jugak beli telekung(paris silk)....sejuk dan selesa.....
minyak angin dan limau Serawak....
makanan baik punyer....kat nadin Homestay tempat pengginapan sepanjang berada di Serawak....
hari ketiga kat Serawak.....kami dibawa kesebuah sekolah....
untuk benchmarking....aduh tak terlawan doh dek Sekolah aku.....bapak kayo eh sekolah ni....cikgu2 eh pun mantap....
disambut dengan meriah....paluan kompang dan beberapa persembahan.....rasa teruja betul.....
sempat gak aku massage badan yang lenguh-lenguh dek berjalan....kawan2 leka shopping aku caghi mesin urut badan dan kaki yang keletihan....
u all tengok ajerlah....tandas kat sekolah yang aku pergi tu mengalahkan tandas hotel......loaded betul sekolah ni....rasa jeles pun ada.....
tengok ajalah landscape sekolahnya.....SK Kuala Kepis tak terbuat dohhhh
xclusive kan.....makan tengahari kami kan sekolah tu pun nyummyyyyy
sempat gak pergi Taman buaya
......teruja gak nengok buaya makan.....
bersama MGB Serawak.....dinner malam tu jugak....nyummyyyyy